Pada 10 Zulkaedah pada tahun ke 15H, rasulullah memberitahu kepada para sahabat bahawa baginda ingin melakukan haji. Sejak selepas hijrah ke Madinah belum pernah baginda melakukan haji melainkan haji ni. Yup haji yang terakhir.
Tersebarnya seruan haji baginda sehinggakan setiap pelusuk hati umat Islam. Bukan sahaja di kota Madinah tapi diluar Madinah turut serta rombongan haji baginda. Ketika di padang Arafah, rasulullah menyampaikan khutbah yang sangat mahsyur. Rasulullah menyampaikan khutbah yang terakhir.
"Dengarlah wahai manusia yang mendengar suara aku ni, aku ingin menyampaikan apa yang belum aku sampaikan kepada kalian kerana aku tidak tahu sama ada ada dapat ke lagi aku berdiri lagi seperti hari ni"
Banyak sangat pesanan rasulullah dalam khutbah terakhir.
"Janganlah kamu menyekutukan Allah. Berimalah kepada Allah dengan sebenar-benar beriman"
"Jagalah dan tunaikanlah amanah dengan sebaik-baiknya kepada tuannya"
Selesai sahaja habis memberi khutbah maka rasulullah bertanya kepada sahabat,
"Adakah aku sudah menyampaikannya?"
Para sahabat menjawab, "Sudah ya rasulullah"
"Ya Allah saksikanlah! Ya Allah saksikanlah!" rasulullah menyatakan kepada Allah atas kesaksian sahabat.
Kemudian, turunlah wahyu yang terakhir surah Al Maidah ayat 3.
"Pada hari ini, Aku sempurnakan kepada kamu agama kamu dan Aku sempurnakan nikmat kepada kamu dan Aku redha kepada kamu Islam sebagai agama"
Semua sahabat sangat gembira. Sangat gembira.
"Agama kita dah sempurna!"
Berlainan pada Abu Bakar. Abu Bakar menangis. Umar bertanya,
"Wahai Abu Bakar mengapa engkau menangis? Bukan kah kita patut bergembira?"
"Wahai Umar, sekiranya agama Islam sudah lengkap, maka tugas rasulullah juga sudah selesai" kata Abu Bakar sambil menangis.
Umar menyedari perkara tersebut. Umar pun turut menangis. Balik sahaja dari haji, rasulullah terasa sakit. Mulanya pening kepala. Kemudian, baginda rasa sakit sangat. Sakit sangat. Ketika itu rasulullah sakit sama dengan Aisyah. Aisyah mengadu kepada rasulullah,
"Ya rasulullah aku sakit"
"Wahai Aisyah, sesungguhnya sakit seorang nabi itu lebih lagi dari engkau"
Jelas suara baginda tersekat-sekat. Aisyah sedih melihat keadaan rasulullah. Sudah lama rasulullah sakit sejak balik dari haji. Sehinggakan sakit rasulullah tak dapat bergerak ke masjid. Bayangkan rasulullah pergi ke masjid sambil dipapah oleh 2 sahabat.
Allahu.
Begitu cinta nabi kepada Allah. Baginda sangat rindu kepada Allah.
Baginda memilih untuk bertemu dengan Allah.
Pada waktu maghrib, rasulullah tak dapat ke masjid. Sakitnya yang dialami oleh rasulullah. Sehinggakan rasulullah menyuruh Aisyah memberitahu Abu Bakar untuk menjadi imam solat maghrib. Sehinggalah beberapa hari.
Pada suatu ketika, rasulullah rasa sangat sakit. Baginda dapat rasakan mungkin tak lama lagi. Rasulullah menyelak kain, baginda melihat semua sahabat sedang solat bersama-sama. Gembira sungguh hati baginda apabila melihat para sahabat. Maka terukir senyuman yang paling manis sekali. Itulah senyuman yang terakhir nabi. Semenjak baginda sakit tak pernah nabi senyum.
Sehinggakan para sahabat perasan rasulullah senyum, lalu nak berhentikan solat. Para sahabat begitu rindu dengan senyuman baginda. Cukup lama baginda tak senyum.
Allahu.
Pilu sungguh suasana ketika itu. Seolah-olah takdir pemergian rasulullah sudah hampir. Pada hari senyuman terakhir nabi itu jatuh pada 12 Rabiul Awal. Genap umur baginda 63 tahun. Rasulullah berada di rumah Aisyah.
Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya aku sangat rindu kepada Allah"
Aisyah terasa sangat sedih melihat keadaan rasulullah. Panas sungguh badan rasulullah. Datang malaikat Jibril bertemu rasulullah.
"Sesungguhnya penduduk langit sudah bersedia untuk menerima kamu ya rasulullah"
Baginya itu bukan berita gembira.
"Tanyakan kepada Allah bagaimana dengan umat ku?" dalam keadaan sakitnya baginda menahan sanggup lagi bertanyakan umat baginda.
Allahu.
Maka datang semula malaikat Jibril,
"Bergembiralah ya rasulullah sesungguhnya umat mu yang akan PERTAMA masuk ke syurga dahulu" (TAK SEDAR LAGIKAH KITA?) :'(
Gembiranya sungguh wajah baginda. Merasa amat lega apabila memdengar tentang umatnya. Apabila saat sakaratul maut.
"Ya Allah sungguh sakitnya sakratul" rasulullah mengerang kesakitan.
"Ya rasulullah aku tarik nyawamu dengan selembut-lembutnya sekali" kata malaikat Izrail.
Malaikat Jibril tak sanggup melihat kekasih Allah dalam keadaan begitu sakit sehinggakan ia memalingkan wajahnya.
"Wahai Jibril mengapakah engkau palingkan muka? Adakah engkau tidak lagi mahu melihat aku?" tanya rasulullah dalam keadaan menahan sakit.
"Ya rasulullah bukan aku tidak mahu memandang wajah mu tetapi aku tidak sanggup melihat kekasih Allah menahan kesakitan sakaratul" kata malaikat Jibril.
"Ya Allah sekiranya sakitnya mati itu biarlah aku seorang menanggunga sakitnya mati umat ku"
Allahu.
Sungguh mulia akhlak baginda. Rasulullah seolah mahu berkata sesuatu kepada Aisyah. Aisyah merapatkan lagi untuk mendengar.
"Teman sejati di syurga, teman sejati di syurga"
Rasulullah mengulang-ulang sehinggalah baginda menghembuskan nafas yang terakhir di bahu Aisyah. Aisyah menangis. Berita tersebarnya kewafatan rasulullah seolah-olah tidak dapat diterima. Umar mengeluarkan pedangnya,
"Jangan ada sesiapa berani kata rasulullah wafat. Rasulullah cuma tidur sahaja!" sambil menghunus pedangnya.
Abu Bakar datang dan melihat situasi yang begitu tegang.
"Tenang Umar" kata Abu Bakar.
Umar masih lagi meracau macam orang gila.
"Wahai Umar kau diam!" Abu Bakar meninggikan suaranya.
Umar terdiam menahan marah.
"Adakah kalian menyembah Muhammad? Bukan kah Muhammad hanyalah seorang nabi?"
Kemudian Abu Bakar membaca Surah Ali Imran ayat 114. Umar terduduk menangis mendengar ayat quran tu. Kemudian, Umar memalingkan mukanya kepada sahabat yang lain,
"Rasulullah sudah wafat" halus sungguh suara Umar.
Semua sahabat menangis. Sangat sedih. Pemergian rasulullah begitu memberi kesan kepada semua sahabat.
Bilal berkata,
"Demi Allah, selepas ni aku tidak akan azan lagi"
Moga terpahat cinta kita kepada rasulullah di hati. :')