Apa dia?
Apabila pakai jubah, kopiah serban, tudung labuh, purdah, serta menyebut beberapa perkataan arab seperti iftar, jannah, tarbiyyah, ana, anta dan seumpamanya dikatakan sebagai "arabisasi".
Bahkan menggunakan beberapa istilah arab dalam perbualan harian seperti ana, anta dan sebagainya dikatakan merojakkan bahasa dan merosakkan identiti melayu.
Betul ke?
Kalau kita baca tulisan Dr. Ahmad Farami, dia sebut,
"Istilah "iftar", "solat", "eidul fitri", "du'a" dan sebagainya bersifat 'religious/culture-specific', terikat pada konteks dan konotasi Islami.
"Ad deen" contohnya, ada implikasi Islami - lebih lengkap dan mengungkap hakikat Islam berbanding "agama" (perkataan Sanskrit).
Ada dimensi spiritual pada istilah-istilah ini berbanding kata generik (umum) seperti "buka puasa" dan "hari raya" atau "sembahyang". "
Padu.
Maksudnya, sebahagian besar istilah bahasa Arab yang di bawa ke dalam pertuturan Melayu, ataupun sebahagian kecil budaya Arab yang dibawa dalam budaya Melayu,
Ada NILAI ISLAM atau spiritual yang datang bersamanya. Bukannya nak bajet alim, bagus atau acah2 bajet islamik. Atau bahasa budak hispter, "izlumik".
Err..
Budaya Arab tak semua negatif, dan tak semua positif. Yang selari dengan Islam, ambil je la.
Bukan ke falsafah dan jati diri orang Melayu ini bersendikan kepada budaya ketimuran dan budaya Islam itu sendiri?
Cuma persoalannya di sini,
Kenapa pakai coat, jeans levi's, tie, kasut kulit, skirt pendek sekerat peha serta menyebut beberapa perkataan inggeris seperti I, you, and, so, dan seumpamanya TIDAK PULA dikatakan sebagai pembaratan?
Bahkan orang YANG SAMA bila menggunakan beberapa istilah inggeris dalam perbualan seharian atau di ofis seperti and, then, so, i, you dan seumpamanya TIDAK PULA dikatakan merojakkan bahasa dan merosakkan bahasa Melayu. Kenapa?
Malah dijustifikasikan dengan menyatakan ia sebuah PERMODENAN dan kemajuan.
Apakah ini? Sangat selektif dan IRONI.
Nasib baik baca al Quran dalam bahasa arab tak dituduh arabisasi.
Hehe.
Wallahu'alam.