Quantcast
Channel: MESSARAH | Beauty & Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 772

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

$
0
0
Assalamualaikum

Dalam era globalisasi ini, taraf kehidupan penduduk yang semakin meningkat semestinya memaksa manusia memerah keringat yang lebih untuk menyara hidup. Namun peluang untuk mencari sumber rezeki itu semestinya ada di mana-mana sahaja. Ada yang bekerja di bawah sektor kerajaan dan ada juga yang bekerja di bawah syarikat swasta. Sesetengah orang suka menjalankan perniagaan sampingan sebagai menambah duit poket.

Tetapi ada satu lagi perkara yang korang boleh buat untuk menambahkan lagi duit poket korang. Khususnya bagi sesiapa yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti mencipta laman web, menyediakan perkhidmatan design logo, menulis artikel atau menyediakan resume yang lengkap dan padat dan sebagainya.


iLancee menyediakan platform terbaik buat mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan dengan 'menjual' kemahiran yang mereka ada. Fungsi iLancee ni lebih kurang macam Fiverr. Lihat video di bawah untuk penerangan lanjut.



iLancee versi pertama telah dibuka secara rasmi pada Mei 2014. Namun atas sebab keadaan yang memaksa, admin terpaksa menutup iLancee pada September 2015. Tetapi iLancee mula dibuka semula pada Oktober 2015 dan oleh sebab beberapa masalah iLancee terpaksa ditutup buat kali kedua pada Ogos 2016. Oleh itu, pada Januari 2017 iLancee versi ketiga kini telah bangkit kembali dengan semangat dan harapan yang begitu tinggi setelah membuat segala perancangan dengan rapi dan mengambil iktibar dari semua masalah yang pernah dihadapi oleh mereka sebelum ini. Boleh baca entri penuh di sini;



Bagaimana Cara Mendaftar di iLancee?

Pertama sekali anda perlu pergi laman web iLancee.com dan klik pada 'daftar' untuk mendaftar akaun anda.



Kemudian pergi ke dashboard anda untuk mengemaskini maklumat peribadi dan akaun anda. Segala data anda berkenaan servis anda, pendapatan anda dan sebagainya begitu lengkap dengan iLancee.



Fungsi iLancee

Di iLancee ada dua fungsi untuk anda ketahui iaitu fungsi sebagai Buyer dan fungsi sebagai Seller.

Sebagai buyer, korang boleh beli apa-apa saja servis di iLancee dengan selamat kerana segala pembayaran akan diterima oleh iLancee terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada Seller. Selepas Seller siapkan kerja dan hantarkan kepada Buyer, barulah admin lepaskan pembayaran kepada Seller.

Pengguna perlu tahu bahawa setiap servis admin akan ambil 20% daripada jumlah harga. Contohnya. Harga jumlah servis adalah RM50. Maka, Seller akan dapat RM40 dan RM10 akan dapat kepada iLancee.


Bagaimana hendak menjual?


1. Anda perlu klik pada 'jual servis' yang terdapat pada dashboard anda.
2. Kemudian kongsikan berkenaan servis anda di laman sosial.
3. Anda akan diberitahu jika ada pelanggan yang menginginkan perkhidmatan anda.
4. Pelanggan akan membuat bayaran servis anda tetapi duit itu masih dipegang oleh admin iLancee.
5. Apabila anda sudah menyiapkan kerja anda dan menghantar kepada pelanggan, iLancee akan memberikan duit anda yang dibayar oleh pelanggan. (win win situation)
6. Nikmati duit anda (hahaha).


Bagaimana hendak membeli?


1. Cari dan pilih servis yang anda minat dan suka.
2. Buat pembayaran melalui FPX/Kad Kredit/Online Bankin (tidak perlu menggunakan PayPal).
3. Perhatikan progress kerja seller dari semasa ke semasa.
4. Anda boleh menerima tempahan anda yang telah siap daripada seller apabila seller selesai membuat kerja.
5. Anda boleh request untuk memperbetulkan beberapa bahagian yang silap atau sebagainya.
6. Berikan rating kerja seller sama ada bagus atau tidak.



Terma dan Syarat

1. Seller dan buyer TIDAK BOLEH bertukar-tukar maklumat hubungi melalui chat. Jika anda melanggar peraturan ini, akaun anda akan di BAN tanpa amaran awal dan duit terkumpul akan di bekukan.

2. Dana refund buyer yang tidak puas hati dengan servis dari seller akan dikembalikan ke dalam akaun iLancee buyer secara berjadual oleh sistem. Dana refund tidak akan dikembalikan ke dalam akaun bank. Dana ini buyer boleh gunakan balik untuk membeli servis lain di iLancee.

3. Jika pengguna inginkan juga di refund ke dalam bank, pengguna harus menutup akaun iLancee dan kami refund semua dana anda. Cas 5% sebagai cas transaksi akan dikenakan.

4. Umur akaun yang ingin ditutup hendaklah melebihi sebulan dari tarikh daftar dan juga tarikh proses jual beli (untuk tujuan keselamatan).

5. Segala pembayaran servis dari buyer akan diterima oleh admin terlebih dahulu. Admin akan lepaskan dana setelah seller sudah siapkan kerja. Ini keselamatan paling tinggi di iLancee untuk mengelakkan penipuan.

6. Cas setiap transaksi adalah 20%. Ini bermakna, jika harga servis seller RM50, kami akan bayar kepada seller RM40 dan RM10 adalah hak milik kami. 20% ini termasuk cas pembayaran (senangPay) dan juga kos pengendalian website (hosting dan lain-lain kos)

7. Sebagai seller, anda mesti mendapatkan pakej seller yang telah kami tetapkan. Ini untuk kami menapis seller yang betul-betul minat dan berkualiti untuk menjual servis di iLancee.

8. Wang pembelian pakej seller tiada refund dan muktamad.


Kelebihan iLancee

Sebagai penutup, iLancee nyata memberi banyak kelebihan kepada semua pengguna sama ada sebagai pembeli atau penjual. Masing-masing berhak menerima kelebihan masing-masing di iLancee.

1. Seller mudah mendapatkan pelanggan melalui iLancee kerana di iLancee, pelanggan yang akan mencari anda bukannya anda yang mencari pelanggan.

2. Transaksi antara pembeli dan penjual secara selamat.

3. Menjamin pengguna daripada ditipu oleh masing-masing kerana aktiviti dikawal ketat oleh admin iLancee.


Itu sahaja perkongsian untuk hari ni. Semoga mampu memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca juga kepada diri yang menaip ini. Sekian terima kasih.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 772