Assalamualaikum
Hari ni jumaat. Isnin sekolah. Balik asrama patutnya ahad tapi aku balik hari ni sebab exco dan badar ada kerja 'sikit' pasal orientasi form 1 nanti. Bagus jugak balik dua hari awal ni, dapat masa lebih sikit nak kemas loker nanti. Aku ni dahlah suka buat kerja separuh-separuh.
Sesungguhnya aku perlu menerima hakikat yang tahun 'honeymoon' aku dah berakhir. Biasalah form 4, tahun lepas baru amik pt3 apa jadah mak nenek tu, pastu form 4 rasa macam wahhh dah 'freedom' (konon) dengan studynya ke laut and then tahun depannya nak spm dah whaaaaaaaat?!
Tahun lepas, form 5 banyak berpesan pada kami yang form 4 ni, ''time form 4 ni belajarlah elok2 sebab kalau dah boleh kuasai subjek time form 4 ni inshaAllah time form 5 nak belaja senang je sebab tajuk form 5 memang lagi senang dari tajuk form 4,'' Dan aku cuba mempraktikkan apa yang dipesan even though tak berapa nak disiplin sangat.
Sepanjang cuti sebulan lebih (lebih sikettt jerp) ni, aku amik tuisyen math & addmath dengan bekas pensyarah matematik kolej yang tinggal depan rumah aku tu. Siyessss weyhhh time tuisyen tu aku rasa cam wahhhh rilek giler tajuk form 5 ni daripada tajuk form 4 tu.
Masa kat sekolah sebelum start cuti haritu, aku ada buat jadual belajar untuk kat rumah sepanjang cuti ni. Apedehal haram jadah seketul pun aku tak ikot aduyaiii bazir je kertas testpad aku 2 helai huhu. (takpe, at least aku ada usaha) Usaha nak merancang tu pun kira okay dah tu. Kita hanya merancang, hanya Allah yang menentukan segalanya. Got it? Pandaiiiiiiii :')
kawan : weyh maes, kau dah study sampai mana fizik?
me : baru sampai niat...
Alhamdulillah dengan segala hormatnya aku mengumumkan bahawa barang-barang asrama aku dah siap dengan sepenuh hati dan jiwa raganya dengan harapan TIADA BARANG YANG AKAN TERTINGGAL. Mengharap jelaa, sekali dah sampai asrama tengah kemas-kemas nanti mulalah 'maigadddddd sikat tertinggalllllllllllllllllllllllllllllllll'.
Sebulan lebih aku cuti ni, jujurlah aku cakap memang aku rasa macam seronok sangat bukak blog hari-hari. Dapat feedback yang baik-baik, ada orang support aku, kena tag jawab soalanlaa, join banyak giveaway, dapat topup free (eh), liyana wish birthday aku kat blog dia.
Lepas ni aku balik dua minggu sekali je tu pun kalau xde kelas tambahan. Boleh jadi sebulan sekali dan boleh jadi TIGA BULAN (spm around corner) tak balek. Tsk tsk tsk nanti mesti aku rindu blog syaiyang bucuk aku nih. Lepas nih blog ni sunyi sepi jerr. Takpelah, it's better daripada aku asyik bukak blog tak hengat dunia sampai studynya bukan sekadar ke laut tapi boleh jadi sampai ke planet sebelah. Berg berggg!
Actually aku tak sangka yang aku dah naik form 5, senior paling agung kat sekolah weyh (kau piker lawok?). Dulu masa baru masuk form 1 dalam hati hari-hari berdoa cepadlaaa blah dari asrama ni weyh aku takleh hidup weyh blablablabla. Rasa macam nak hukum diri sendiri je masa tu sebab doa benda bukan-bukan. Nanti dah habis spm semua ada haluan masing-masing dan aku akan rindu zaman sekolah (i kenoooodddddd!).
Aku just nak cakap kepada bakal-bakal junior dorm aku, aku minta maaf sebab korang bakal dapat ketua dorm yang TAK MATANG. Aku mintak maap awal-awal lagi ni tau :))
K lah. Aku nak balik dah. Mintak maapler kalau lepas ni blog ni sunyi. Sebulan sekali je update entry. Takde masa nak membebel kat blog ni dah. Doakan tahun ni aku rajin belajar. Bye, tataaaa titiiii tutuuuuu :*