Quantcast
Channel: MESSARAH | Beauty & Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 771

Baru Sem 1

$
0
0
Assalamualaikum

Lama betul aku ignore blog ni. Maklumlah banyak terqada' tidor (opss). Assignment pun keliling pinggang. Perasaan duduk asrama masa zaman universiti ni lain dengan masa sekolah menengah. Ofkos lah kan. Masa sekolah menengah semua orang terikat dengan peraturan. Baru duduk seminggu dah rasa macam setahun. Tak sabar nak tunggu minggu balik. Tapi kalau kat universiti ni sedar tak sedar rupanya dah sebulan tak balik. Tau tau je lagi three weeks nak cuti sem dah (sem pendek). So dia macam tak kisah tau dapat balik ke tak, duduk sini tetap bahagia (sebab ada phone + laptop hahaha).


Ni classmate aku untuk sem 1 and inshaAllah akan jadi classmate aku sampai sem 6 nanti. Dulu masa form 5 class aku ada 11 lelaki, 6 perempuan je. Masuk unisza bilangan perempuan class aku dah jadi 5 kali ganda kott hahaha pening aku perempuan kan banyak songeh and perangai. Bila nak decide something tu biasalah. Payah gak ah hahaha. Act setakat hari ni, ada gak nama classmate yang aku masih tak hapal huhu. Muka pun ada yang aku still tak kenal hahaha what the... So far kitorang selalu belajar dalam dewan kuliah utama, gabung dengan course lain sebab tu ada yang masih tak kenal sesama sendiri. Cuma kalau time class english je kitorang belajar ikut course and masa tu baru perasaan, ''Ohh kau budak intrade rupanya.."

Tahun ni, seminggu aku berpuasa kat rumah (before daftar unisza). Lagi tiga minggu puasa kat unisza. Biasalah kan kalau duduk asrama ni, boleh kira berapa kali je aku sahur huhu. Paling ok pun minum seteguk air. Kat asrama takde orang nak kejut sahur macam mak aku kejut kat rumah sobs sobs. Then masa balik raya haritu, dapat jugaklah aku fefeeling konon macam orang perantau yang nak balik beraya hahaha. Yolah dari terengganu ke selangor. Naik bas mau 6-10 jam kut, ikut bas lah. Tapi aku balik naik flight haritu so tak rasa sangatlah macam perantau tu sebab dalam sejam je dah sampai rumah, aisemen. Masa first time aku belajar naik flight sorang-sorang tu jantung aku ni dup dap laju gilo sebab takut dengan polis (pegawai kastam) yang jaga kat airport tu hahaha. Haritu aku kena marah sebab tak bawak keluar laptop masa scan bag adoyaii. Malu aku dahlah sorang-sorang masa tu.


Simple and short story about my raya this year. Macam biasa, pagi raya ofkos kami akan ziarah kubur ayah sebelum bertolak balik ke kampung. Tahun ni kitorang beraya di johor, tapi dua hari je. Raya ketiga kitorang dah balik selangor balik dah. First sebab mak aku taknak hadap jammed, and then dalam masa dua hari tu kitorang dah habis beraya semua rumah saudara belah ayah kat johor so that kitorang bertolak balik awal. Raya aku tiap tahun takdelah hambar sangat cuma tempoh raya tu je yang sekejap untuk aku. Hari-hari lain dah jadi hari biasa balik bagi aku. Tak sedih pun cuma bersyukur :')

After raya tu, banyaklah sikit benda yang jadi. Duit pun banyak habis sebab asyik berjalan je huhu. Lepas tu sikit-sikit nak makan sikit-sikit nak makan. Mana tak habis duitnya. Setakat ni aku belum muak lagilah makan keropok lekor. Tak tau bila nak muaknya baru jimat sikit duit kot hahaha. Kat terengganu ni mall paling best pun mydin. Nak beli barang apa semua kat situ. Habis semua heater, jam loceng, biskut, air, maggi aku sapu kat mydin tu. Then konon nak buat member card mydin lah nak diskaun kononnya setiap kali beli barang kat mydin sekali rupanya aku tak cukup umur lagi then orang mydin tu GELAKKAN aku weyh. Haa korang pun gelakkan lah aku sekali, aku izinkan sekarang -,-

Haritu ada sekali tu keluar dengan housemate. Act pagi tu aku stress + ngantuk gila nak siapkan assignment. Sampai aku keluar rumah buat tawaf keliling row blok and naik turun tangga sampai hilang ngantuk. Tapi cara ni tak berkesan sangat rupanya. Kebetulan housemate nak keluar pergi bank ngan pasar payang tengahari tu. Series aku tak menyesal ikut weyh. Kitorang balik lepas asar camtu. Penat tu penat laa tapi seronok dapat makan kat luar and jalan-jalan. Malam tu aku jadi semangat betul nak siapkan assignment.


Dalam two weeks after raya tu, aku balik rumah balik (even ada kuliah sebenarnya tapi i dah dapat pengecualian). Aku ada latihan khusus kat ukm bangi sebelum jadi volunteer untuk sukan sea bulan 8 ni. Before masuk unisza ni, aku dah attend latihan umum masa bulan 4 tu. So, yang kali ni kira second training lah. Masa nak mintak pengecualian kat pejabat pphp tu susahnya kemain bapak. First sebab aku attend program ni anjuran luar even ada surat dari pihak sekretariat (betul ke tak ejaannya huhu) kuala lumpur and awal bulan 8 ni pulak ada final exam untuk short semester andddddd sukan sea tu bulan 8 gak. So that agak susah nak dapat pengecualian kuliah untuk weekend tu. Tapi si maisarah ni pandai membodek so dapat lah dinda balik masa tu (even assignment video english pun tak siap lagi masa tu).


Aku ada kawan gak dari intec shah alam yang join latihan ni sama tarikh dengan aku. Dah alang-alang tu aku interview dia and record vid untuk masuk dalam assignment video aku. Punya last minit kau tengah training pun sempat lagi siapkan assignment hahaha. Nak seribu daya, taknak seribu dalih huhu. Yang penting assignment kena siap. Act aku TAK PERNAH edit video tau. So aku agak confuse tau dah lah buat video last minit, nak belajar buat video tang mana pulok? Lepas godek godek laptop ni rupanya ada movie maker so aku godek godek lagi movie maker tu so akhirnya terhasillah video documentary english aku yang tiga minett tu. Masa guna movie maker ni aku memang tawakkal habis ah, first try en and cuma berharap yang video aku ni menjadi.

So kepada sesiapa yang masih noob tentang pembuatan video and tetiba dipaksa buat video untuk assignment tu aku sarankan guna ajelah movie maker tu. Tak perlu download apa-apa apps kat phone. Edit pakai phone payah weyh. Orang yang tak expert boleh terus jadi pro guna movie maker ni hahaha. Balik dari latihan tu, terus siapkan video. Aku tido pukul 3 pagi then pukul 8 pagi dah kena gerak ke airport balik sebab petang tu ada class mihmih.  Tapi tinggal subtitle jelaa tak siap lagi. Sampai unisza aku terus siapkan subtitle tu.


For the first time I record myself in a video and for the first time aku kena edit video sendiri, last minit. Act aku mana suka record record video ni lagi-lagi diri sendiri kena ada dalam video tu tapi demi markah 30% assignment tu aku relakan jua. Ni baru sem 1 beb. Nanti sem 4 kena buat short movie pulak and aku kena berlakon sekali @#$%^&*}|\?!! So di kesempatan ini jemputlah sumbang views untuk video aku kat youtube ni. Kesian views ciput. Ada batch aku video dia dah lebih 1k views dah. https://www.youtube.com/watch?v=ia39AOvern0&t=10s


Masa ni ada jamuan raya kat unisza. Orang lain pakai baju raya kami pakai baju ni. Yang penting sedondon. Habis class fiqh je terus beratur amik makanan depan dewan. Dalam otak masa tu "tak kisah dapat makan apa janji lunch hari ni makan free". Tudung pink tu nama dia chii. Chii orang first yang tegur aku masa perjumpaan ikut course and kebetulan bilik kitorang sama blok, aku tingkat 5 dia tingkat 4 so that sampai sekarang kitorang rapat. Dia memang hantu selfie and bergambor. So tak sah kalau habis class je amik gamba habis class je amik gamba hahaha. And she's chinese muslim :)


Yang tudung biru namanya emelda. Dia paling suka tidur masa class knk and suka penuhkan muka dia dalam phone gallery aku or phone gallery sesiapa sahaja. Library adalah rumah kedua dia, kadang-kadang boleh jadi tempat study dia or tempat tido dia. Dia pun sama blok dengan aku tapi tingkat 4 jugak. [Aku je ke budak intrade yang malang dapat tingkat 5? =..=]


Walaupun hari-hari mu disibukkan dengan assignment, exercise jangan dilupa joooo (bahasa sabah hasil pengaruh housemate sabah hahaha). Seronok gila main basikal kayuh laju-laju kat unisza sebab aku kat rumah mana ada basikal. Basikal adik aku yang pendek tu ada laa itu pun masa aku naik basikal adik aku tu orang boleh kata aku ni tak sedor diri naik basikal pendek padahal dah tua bangka. 

Perjalanan aku masih panjang lagi kat sini walaupun final exam sem 1 dah nak dekat. Anyway doakan kami nak final exam ni and doakan aku makin rajin update blog sebab aku nak apply google adsense masih tak lepas lepas lagi ni tsk tsk. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 771