Giveaway bermula 18 Disember Sehingga 31 Disember 2017
Apa yang dimaksudkan dengan solat yang sempurna?
Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan.
ciri-ciri solat yang sempurna ialah;
- Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
- Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
- Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.
- Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya kerana membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
- Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.
Apa akibatnya jika solat tidak dilakukan dengan sempurna?
Menyebabkan solat _tidak sah jika yang tidak disempurnakan itu adalah perkara rukun dan hilang pahala jika yang tidak disempurnakan itu perkara sunat.
Menyebabkan solat _tidak sah jika yang tidak disempurnakan itu adalah perkara rukun dan hilang pahala jika yang tidak disempurnakan itu perkara sunat.
Di dalam sebuah hadis, Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menceritakan; “Suatu hari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- berada di dalam masjid. Masuk seorang lelaki, lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada baginda dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, baginda berkata kepadanya; ‘Ulangi semula solat kamu. Sesungguhnya kamu belum mengerjakan solat’…”
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa solat yang dilakukan tanpa memenuhi rukun-rukunnya sama seperti tidak melakukannya, kerana itu disuruh oleh Nabi supaya mengulanginya semula.