Hai semua!
Rasanya semua pernah dengar tentang sistem SAPS kan? Kalau zaman dulu, ibu bapa terpaksa datang ke sekolah pada hari 'report card' untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak. Tapi sekarang dah tak perlu. Semuanya di hujung jari. Ibu bapa yang ada masalah kesibukan kerja dan tidak dapat hadir ke perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas pun boleh tahu keputusan peperiksaan anak secara online. Kenapa sistem SAPS Ibu Bapa ni sangat penting zaman sekarang?
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dah lama menyediakan satu sistem khas bagi membolehkan data-data peperiksaan pelajar sekolah di seluruh Malaysia disimpan dengan baik. Bahkan sistem ini memudahkan ibu bapa dan para pelajar untuk menyemak keputusan peperiksaan secara online dan kerja guru-guru menjadi lebih mudah apabila mereka hanya perlu memuat naik markah anak-anak murid secara online.
Semakan keputusan peperiksaan online melalui SAPS Ibu Bapa ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah (darjah 1-6) dan pelajar sekolah menengah (tingkatan 1-5) dan sistem ini membolehkan kita untuk menyemak keputusan peperiksaan termasuk ujian penilaian, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, percubaan peperiksaan awam, kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.
Bagi para guru, sistem SAPS amat penting bagi mereka. Semua markah pelajar akan dimasukkan ke dalam sistem secara online dan akan dianalisis mengikut subjek, kelas dan lain-lain. Dengan cara ini, para guru mudah untuk mendapatkan maklumat peratus pelajar yang lulus dan gagal, pelajar yang mendapat markah tertinggi dan sebagainya. Pihak sekolah dan para guru tidak perlu lagi menggunakan cara manual untuk membuat penilaian pelajar.
Semua data ini akan diguna pakai oleh para guru bagi menilai dan merancang pembelajaran di sekolah berdasarkan prestasi murid-murid. Melalui sistem yang berpusat ini, beberapa pihak seperti KPM, JPN dan PPD mampu bekerjasama dengan lebih berkesan dan penjimatan masa merupakan agenda utama wujudnya sistem SAPS ini.
Sekarang ni semua benda di hujung jari. Maklumat keputusan peperiksaan anak sendiri juga boleh diakses secara online meski pun selalu dilanda kesibukan kerja. Sangat mudah dan pantas! Lepas ni tiada lagi kes anak 'menyorokkan' keputusan peperiksaan daripada ibu bapa hahaha.
Ibu bapa zaman kini sememangnya perlu tangkas dalam memerhati perkembangan anak-anak kerana pengaruh zaman sekarang sangat berbeza berbanding zaman dahulu. Melalui SAPS, ibu bapa sendiri boleh mengenal pasti kelemahan anak masing-masing yang perlu ditingkatkan dan dibaiki kerana perkembangan anak-anak ketika berada di dalam sesi pembelajaran sekolah sememangnya tidak mampu untuk diawasi oleh ibu bapa pada setiap masa kan?
Macam aku, walaupun dah melangkah masuk ke alam universiti, aku masih lagi boleh menyemak keputusan peperiksaan aku semasa berada di sekolah menengah untuk apa-apa urusan rujukan sebab semua data dah tersedia secara online. Nama guru mata pelajaran pun ada dinyatakan bagi setiap subjek bagi memudahkan aku merujuk mereka.
Saban tahun, sistem ini sentiasa akan ada penambah baikan bagi memudahkan orang ramai terutamanya para ibu bapa dan guru-guru bagi mengakses sistem SAPS secara online. Ini adalah bagi mengatasi masalah 'website crack' akibat terlalu ramai orang yang mengakses sistem yang sama dalam tempoh masa yang sama.
Semoga di masa akan datang, sistem pembelajaran anak-anak di sekolah mampu mencapai kemajuan yang setara dengan pembangunan negara kita.
Sistem SAPS >>> https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Website: sistemkpm.com