Quantcast
Channel: MESSARAH | Beauty & Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 771

Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)

$
0
0
Banyak-banyak flight company so far aku selalu gunakan air asia. Malaysia airlines pernah je tapi jarang, kalau sekali sekala nak merasa naik flight selesa sikit, nak reward diri sekali sekala boleh lah aku beli mas hehe tapi mostly memang aku naik air asia je sebab "everyone can fly" en hahaha. Lagipun for me, Air Asia ada banyak benefits especially dari segi harga and reward untuk customer dia. Bila aku as anak kelahiran selangor yang sedang belajar di terengganu ni, bila time cuti nak balik kampung, akan ada dua pilihan transport untuk balik ke rumah, sama ada bas atau flight. No train.

Fyi, aku ni salah seorang makhluk kat dunia yang selalu mabuk naik apa-apa kenderaan. Aku pernah rasa nak mengamuk dalam bas sebab tak tahan mabuk dalam bas lama gila. Biasa ticket bus dari terengganu ke shah alam around RM46 sehala. Kalau naik flight (air asia) standard price yang aku selalu dapat is RM69 sehala. Kalau aku bertuah dapat beli time murah boleh dapat RM49 per ticket, harga lebih kurang ticket bas je. Antara dua harga standard ni biasanya memang aku akan pilih yang RM69 even mahal sikit tapi bagi aku lagi berbaloi kalau naik flight yang mabuknya cuma sejam berbanding naik bas yang mabuknya almost 10 hours sampai aku rasa nak mengamuk dalam bas hahaha.

To make sure aku selalu dapat harga tiket flight paling berbaloi as aku still student en, nak balik rumah pun at least 2 bulan sekali, aku selalu cari tips dari blogs or twitters and kebanyakannya share pasal big pay. Big pay ni aku dah lama dengar nama dia tiap kali nak bayar flight ticket sebelum ni, selalu keluar another payment options, big pay. Yang paling tak boleh blahnya processing fee dia FREE! Gila tak gila aku pun banyak study pasal big pay ni, macam mana nak register, nak guna/topup credits semua. So aku nak share semuanya dalam satu entry ni. Rupa big pay tu macam ni tau, ye dia adalah sejenis kad paling lawa pernah aku ada so far. 

BigPay Airasia
Gambar credits to big pay.

BigPay ni sejenis debit card biasa yang korang boleh topup secara online and boleh guna untuk shopping kat mana-mana je asalkan yang terima MasterCard. Yang paling best, every transaction yang korang buat melalui BigPay akan dapat BigPoint dari AirAsia. Dapat bigpoint pun untung tau boleh redeem free flight. 

Biasa bila nak check out air asia, kalau bayar guna kad debit/credit card akan ada charge around RM17. Kalau guna internet bank in macam maybank2u, cimb clicks, public bank, fpx, or union pay, processing fee dia akan charge dalam RM4 lebih. Tapi, kalau guna Big Pay korang dah tak payah bayar RM17, RM4 lebih mak nenek semua tu sebab charge dia FREE je. Yela penat-penat cari tiket flight murah tiba-tiba processing fee pulak mahal, kan dah lari bajet. Dengan big pay, korang cuma perlu bayar tiket flight je, zero processing fee.



Bila nak buat payment tu korang pilih payment method : BigPay. Processing fee dia akan berbeza untuk setiap payment method. Bigpay free je.


BigPay Airasia

Now korang dah boleh jimat RM17 ni untuk layan fav movie blockbuster korang yang baru keluar kat cinema okeh. Logik lah sikit kan, buat apa nak bayar RM17 kalau sepatutnya korang dah tak perlu bayar dah. Kalau korang memang selalu beli ticket airasia tapi still tak ada intention nak ada big pay card ni aku pun nggak ngerti sama kamu sebab process dia senang sangat, register online then tunggu kad delivered depan pintu rumah. Rugi rugi kalau malas nak apply BigPay ni ish ish ish.


Cara Apply/Register Online BigPay Card

1. Download apps Big Pay

BigPay AirAsia

Apps ni memang penting sebab korang akan register melalui apps ni, nak topup guna apps ni, nak bayar apa-apa pun guna apps ni. Nak masuk apps ni pun ada registered pin number or fingerprints macam apps bank lain macam maybank or muamalat sebab dia memang secure apps. Bigpay ni memang macam bank cuma takde bank, faham tak hahaha. Topup duit guna online transfer from your other bank account, and boleh withdraw kat atm.


2. Register account

Time register account ni, dia akan suruh masukkan referral code (kalau ada). Kalau takde korang boleh skip je part tu. Tapi kalau korang nak dapat credit RM10 FREE, masukkan lah code di bawah ni sebab once kad korang dah activated, diorang akan masukkan another RM10 percuma dalam account korang sebab register guna referral code. Tapi kalau tak masukkan code ni korang tak dapatlah RM10 fgheee. Nak selamat, sila copy code di bawah. 

4IQDDSLTHC

Time register account ni korang ikut je arahan dia. Dia suruh selfie ke apa ke, engko ikut je hahaha. Jangan nak pelik pelik, dah namanya nak register debit card en bukan nak register account facebook. Then korang kena set pin number untuk korang guna setiap kali korang nak masuk dalam apps tu or nak withdraw duit kat atm. Jangan lupa masukkan alamat rumah yang sah ye sebab nanti kad bigpay tu akan dihantar ke alamat rumah yang korang daftarkan tu. And no telefon pun kena valid sebab dia akan send TAC number bila ada any transaction. Then tunggu pihak bigpay untuk verify semua identiti dan maklumat diri korang. 


3. Topup minimum RM20 dalam account bigpay

Lepas team bigpay dah verify semua maklumat korang tu, korang kena topup minimum RM20 dalam account korang, then baru diorang hantar kad ke alamat rumah korang. Nak topup lebih pun boleh. Boleh topup guna debit/credit bank card or online bank in. Jangan risau RM20 korang tu diorang takkan sedut sebab lepas kad korang activated korang boleh guna RM20 tu macam biasa. Lepas dah topup, korang boleh track card korang if dah sampai rumah or belum. Selagi tak topup min RM20 selagi tu dia tak akan process untuk delivery kad korang. 


4. Activate card

BigPay AirAsia
credits : twitter suraya zainudin

Bila kad dah sampai rumah, korang akan dapat macam ni. Guna citylink tak silap. Dalam brochure tu pun diorang dah explain macam mana nak aktifkan kad korang. Kena masukkan CVC number yang ada belakang kad korang then masukkan pin number untuk pengesahan. Then korang dah boleh guna BigPay card korang! Bila korang bayar flight airasia guna bigpay ni dia akan automatik tolak duit dari akaun bigpay korang. Make sure kena ada balance yang cukup lah ye before nak bayar. Sama je kalau guna debit bank card yang lain pun.


Cara Nak Topup BigPay Credits

Ada dua cara untuk topup credit korang so far; debit/credit bank card dan online bank in. Aku biasa topup guna maybank2u je. Process dia sama je macam korang shopping online time nak buat payment cuma duit korang akan masuk dalam BigPay, tak de gi mana-mana pun. Siapa yang familiar guna GrabPay pun, sama je process dia. Easy peasy. 


So far, ni je aku nak share untuk entry kali ni. Tunggu next entry aku akan share further pasal BigPay ni. Thanks for reading!


*updated :
Hi guys! Ni entry pasal BigPay card ni >>> Q&A : BigPay Card - Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia


Viewing all articles
Browse latest Browse all 771

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.